PRU15: SPR Sarawak seru lebih ramai keluar mengundi

Iklan
Semua penduduk Sarawak yang layak mengundi diseru agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi PRU15 yang ditetapkan pada 19 November ini.

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berharap peratusan keluar mengundi di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN), yang diadakan pada 18 Disember tahun lepas.

Pengarah SPR Negeri, Abang Noraffian Abang Ibrahim tanpa menyatakan sasaran peratusan tersebut, menyeru agar semua penduduk Sarawak yang layak mengundi, agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi PRU15 yang ditetapkan pada 19 November ini.

Iklan
Iklan

"Untuk persiapan (PRU15), SPR (di peringkat negeri) memang telah buat... cuma untuk maklumat lanjut berkaitan PRU, Ibu Pejabat SPR akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Rabu.

Menurut data terkini SPR, Sarawak mencatatkan 1.94 juta pengundi bagi PRU15, manakala dalam PRN ke-12, seramai 759,627 rakyat Sarawak atau 60.67 peratus daripada pemilih berdaftar ketika itu telah keluar mengundi.

Iklan

Dalam pada itu, Abang Noraffian yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak berkata, sesi kunjungan hormat itu bagi memaklumkan pelantikannya ke jawatan baharu, berkuat kuasa 29 September lepas. - Bernama

Iklan