Ronaldo kembali berlatih bersama United

Iklan
Ronaldo

TONGGAK serangan Manchester United, Cristiano Ronaldo kembali berlatih bersama pasukan utama selepas disisihkan Erik ten Hag baru-baru ini.

Sumber terdekat memberitahu, Ten Hag dan Ronaldo sentiasa berdialog sejak keputusan diambil untuk menggugurkan penyerang itu untuk perlawanan Chelsea dan mengecualikan dia daripada latihan selama tiga hari.

Iklan
Iklan

Ten Hag menyatakan dengan jelas beliau tidak akan bertolak ansur dengan persembahan Ronaldo selain perbezaan pendapat sambil memutuskan tindakan itu perlu dijadikan contoh buat pemain paling berprofil tinggi United supaya tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Apabila saya dilantik, saya bercakap dengan pengarah tentang budaya, budaya sukan teratas, standard, dan itulah sebabnya mereka melantik saya.

Iklan

"Mereka melakukan beberapa pemeriksaan latar belakang dan kami berbincang tentang cara saya memimpin, apakah personaliti saya, bagaimana saya melakukannya dengan cara yang strategik dan tentang standard dan kepimpinan saya,”kata Ten Hag.

Ronaldo sebelum ini digugurkan dari skuad utama United ketika seri 1-1 menentang Chelsea selepas menolak untuk dibawa masuk pada Rabu sewaktu menang ke atas Tottenham 2-0.

Iklan