TNB bangun sistem solar Hotel Primula Beach

Iklan
Dr Mamad ketika berucap pada Majlis Perasmian Sistem Solar Primula.

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikatnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) membangunkan sistem tenaga solar untuk Hotel Primula Beach (Primula) di Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, Dr Mamad Puteh berkata, ia dibuat setelah satu kerjasama antara TNB dengan syarikat perhotelan dalam teknologi hijau bagi mengurangkan jejak karbon termeterai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Primula menerusi pemasangan panel yang dilakukan di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) selama 21 tahun itu membolehkannya menikmati penjimatan sebanyak RM1.49 juta juta setahun.

"Berasaskan konsep dan prinsip pembangunan lestari secara berterusan, saya percaya pelbagai langkah dan inisiatif perlu diambil oleh semua pihak dalam usaha untuk mengekalkan kemampanan teknologi hijau agar dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sistem Solar Primula pada 12 Oktober.

Iklan

Turut hadir Ketua Pegawai Pelanggan (SME & Residential) Bahagian Retail TNB, Abdul Rahim Abd Jamil, Ahli Lembaga Pengarah Primula, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Burhanuddin Hilmi Mohamed serta Pengurus Besar Primula, Suaibah Harun.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Mamad menyarankan agar penggiat sektor pelancongan lain turut membangunkan teknologi hijau di hotel dan resort masing-masing agar dapat membantu melestarikan alam sekitar.

Iklan

Sementara itu, Tun Ahmad Faisal ketika mengulas tentang projek pemasangan solar ini mengatakan ia dilaksanakan berdasarkan Rancangan Bajet 2023 Primula yang menekankan lapan inisiatif termasuk peningkatan kepada penggunaan teknologi hijau dalam sektor pelancongan.

Dalam pada itu, Tun Abd Rahim pula berkata, penghijrahan Primula kepada Tenaga Boleh Baharu (RE) ini menepati agenda Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), yang menetapkan sasaran 31 peratus RE dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025 dan 40 peratus menjelang 2035.

"Pelaksanaan SARE dengan Primula ini adalah perjanjian pertama GSPARX dengan industri perhotelan di negara ini.

"Model ‘Zero Capex’ ini menjadikan GSPARX sebagai pemilik dan pelabur dalam sistem solar yang dipasang manakala pelanggan kami dapat menikmati penjimatan elektrik secara langsung tanpa membuat pelaburan modal,” jelasnya.