Kertas Putih Felda: Lebih banyak laporan polis dibuat: Azmin

Iklan
Azmin pada sidang media berkenaan Kertas Putih ke arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di luar Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Zahid Izzani

KUALA LUMPUR – Felda akan membuat lebih banyak laporan polis selepas meneliti audit forensik seperti yang dikemukakan dalam Kertas Putih Felda.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, laporan polis yang bakal dibuat itu berdasarkan maklumat dan bukti ditemui dalam siasatan forensik.

Iklan
Iklan

"Kita (Felda) akan teliti dapatan forensik ini, banyak nama muncul dalam siasatan ini dan kita akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan harus diambil kerana ini bukan sahaja kecuaian biasa tetapi merupakan satu jenayah yang telah melibatkan berbilion ringgit wang rakyat Malaysia.

"Nama-nama yang muncul dalam audit forensik ini kita kenal pasti berdasarkan maklumat dan bukti daripada siasatan tersebut, kita tak boleh bertindak di luar daripada itu, ataupun khabar angin. Sebaliknya, kita bertindak atas bukti-bukti yang telah dibuktikan oleh audit forensik,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Iklan

Ketika ditanya mengenai pembabitan individu lain selain MO1 dan FO1 siapa lagi individu lain yang salah guna kuasa dalam pengurusan Felda, Azmin berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa nama dalam siasatan tersebut.

"Kamu nak siapa? Kita sedang teliti audit forensik ini dan banyak nama-nama lain yang muncul dalam siasatan tersebut, kita akan buat laporan polis berdasarkan bukti,” jelasnya.

Iklan

Hal demikian, Azmin memberi jaminan Felda akan pulihkan kedudukan kewangan dan kembali ke landasan asal dalam tempoh lima tahun.

"Harapan kita dengan pengurusan baharu dan pentadbiran baharu yang mengemudi Felda, Insya-ALLAH kita akan kembalikan keyakinan peneroka dan sekali gus mengukuhkan kewangan dalam sasaran lima tahun akan datang.

"Dalam tempoh lima tahun ini, kita yakin Felda boleh diangkat semula sebagai satu agensi yang cukup wibawa dan dapat pulih kedudukan kewangan Felda serta meneruskan agenda membantu peneroka,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas Putih Felda: Azmin cabar Najib berbahas di Parlimen