Satu mangsa helikopter berjaya dibawa turun

Iklan
Mangsa sedang menerima rawatan oleh pasukan penyelamat sejurus dibawa keluar dari kawasan nahas.

CAMERON HIGHLANDS - Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands berjaya dibawa turun kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti dirawat oleh anggota penyelamat di kawasan kebun sayur berhampiran sebelum dibawa ke dalam ambulans untuk dihantar bagi rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Difahamkan beberapa mangsa lain sedang dibawa keluar dari kawasan nahas oleh pasukan penyelamat.

Dalam kejadian tengah hari tadi sebuah helikopter dinaiki enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.

Iklan

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu.

Iklan

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands.

Helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 yang membawa petugas kesihatan yang terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Hutan Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu. - Foto ihsan JBPM Pahang