SHAH ALAM - Empat daripada enam mangsa yang cedera dalam kejadian sebuah helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands berjaya dibawa keluar setakat jam 7 malam tadi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keempat-empat mangsa telah dibawa dari tempat nahas ke zon rawatan untuk dilakukan penilaian perubatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dua daripadanya dirujuk ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Cameron Highlands untuk pemeriksaan lanjut dan penilaian semula status kesihatan masing-masing manakala dua lagi masih di zon rawatan.
"Mangsa yang stabil akan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala bagi mangsa yang mengalami kecederaan akan distabilkan terlebih dahulu di HoSHKA sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, Khairy memaklumkan dua lagi mangsa sedang dibawa keluar dari tempat nahas ke zon rawatan.
"Bagaimanapun, punca helikopter membuat pendaratan kecemasan masih di dalam siasatan. Perkembangan terkini kejadian akan dimaklumkan dari masa ke masa," ujarnya.
Artikel Berkaitan