BN umum calon minggu depan

Iklan
Shahril

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada minggu hadapan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan tempat yang akan diumumkan itu.

Iklan
Iklan

"Kalau soal pengumuman calon sudah tentu sebelum penamaan, jadi saya nampak minggu depan. Manifesto pun saya gambarkan minggu depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Shahril yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO memaklumkan, manifesto BN untuk PRU15 nanti akan merangkumi semua segmen pengundi.

Iklan

"Fokus kepada orang muda ini akan tertumpu kepada ekonomi mereka, bagaimana nak membina masa depan lebih baik untuk diri dan keluarga serta bagaimana membawa suatu pembaharuan dalam jenis pekerjaan yang wujud di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada BN akan bekerjasama dengan mana-mana parti jika tiada majoriti mudah diperoleh dalam PRU15, Shahril memaklumkan pihaknya yakin parti gabungan itu berpeluang meraih majoriti sokongan rakyat.

Iklan

"Secara ringkasnya, BN masuk ke pilihan raya untuk menang. Kita yakin mempunyai peluang untuk meraih majoriti sokongan rakyat dengan parti yang ada dalam BN sekarang ini.

"Bukan secara solo UMNO seorang, tetapi secara keseluruhan dalam BN dan juga dengan rakan-rakan terutama di Sarawak yang mana bukan lagi dalam BN tetapi mesra dengan kami,” ujarnya.