Jatuh sakit selepas makan ketam hidup

Iklan
Seorang lelaki di China jatuh sakit selepas dia memakan ketam hidup-hidup. - Foto AFP

BEIJING - Seorang lelaki di China baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital selepas jatuh sakit kerana memakan ketam hidup-hidup.

Dia memakan ketam itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut menggigit anak perempuannya, lapor Zhejiang Television.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan ketam atau kerang lain secara mentah kerana haiwan berkenaan boleh membawa bakteria seperti taun atau parasit cacing.

Itulah yang berlaku kepada lelaki tersebut kerana ujian darah menunjukkan dia dijangkiti oleh tiga parasit berbeza.

Iklan

Lelaki itu pergi ke hospital dengan sakit belakang yang serius selepas lebih sebulan dia memakan ketam hidup.

Pemeriksaan awal menunjukkan perubahan patologi dalam dada, perut, hati dan sistem penghadamannya tetapi doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar.

Iklan

Namun, isteri lelaki tersebut mengingatkan kembali kejadian dia memakan ketam itu menyebabkan doktor mengetahui punca penyakit dihidapinya.

Bagaimanapun, dia telah pulih selepas menjalani rawatan tetapi masih memerlukan pemeriksaan susulan. - Agensi