KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion kepada Felda secara berperingkat dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan mengikut keperluan demi kelestarian masa depan agensi rancangan pembangunan tanah itu.
Peruntukan itu yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih"Ke Arah Kelestarian FELDA" di Dewan Rakyat hari ini, akan memberikan suntikan dana yang amat diperlukan agensi itu berikutan kedudukan kewangannya yang kurang memberangsangkan.