2,136 kes baharu Covid-19, enam kematian

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 2,136 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,887,675 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Iklan
Iklan

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak enam kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tiga kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,458 kes.

Iklan

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,233 kes, dengan 26,060 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,125 pesakit ditempatkan di hospital dengan 48 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Iklan