Piala Supermokh: AMD Panthers B13 baham Buriram United

Iklan
Antara aksi menarik AMD Panthers B13 menentang Buriram United dalam perlawanan Piala Supermokh Kategori B13 Tahun di Padang 3, AMD, Gambang. -Foto Supermokh Cup 2022

AKADEMI Mokhtar Dahari (AMD) Panthers Bawah 13 (B13) meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan juara bertahan Piala Supermokh Kategori B13 Tahun, Buriram United, 2-0 di Padang 3, AMD, Gambang.

Ia merupakan kemenangan kedua AMD Panthers B13 selepas menewaskan pasukan dari Korea Selatan, Hwaseong 5-1 pada Selasa.

Iklan
Iklan

AMD Panthers B13 bermula garang apabila mendahului seawal minit keenam hasil jaringan Muhammad Darwish Haikal.

Muhammad Darwish sekali lagi melebarkan jaringan di minit ke-25 bagi memastikan pasukannya kekal selesa hingga tamat perlawanan.

Iklan

Sementara itu, pengendali AMD Panthers B13, Abd Aziz Ismail menyifatkan kemenangan tersebut merupakan hasil kerja keras semua pemain sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

"Para pemain telah memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan dan paling penting sentiasa berdisiplin di padang.

Iklan

"Mereka juga memberikan sepenuh hati dalam perlawanan ini dan sekali lagi alhamdulillah kita menang tadi," katanya.

Keputusan itu menyaksikan AMD Panthers B13 kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata diikuti NFDP Regional dan Buriram United dengan tiga mata manakala Hwaseong di kedudukan terakhir kumpulan A tanpa sebarang mata.

KEPUTUSAN LAIN

Kategori Bawah 14 Tahun

Paris Saint Germain 1-0 Cerezo Osaka

Hwaseong 2-2 AMD Cougars

Kategori Bawah 13 Tahun

Buriram United 0-2 AMD Panthers

PVF Academy 3-0 AMD Cougars

Kategori Bawah 12 Tahun

Asiop FC 2-1 NFDP B

NFDP A 3-0 Kim Young Hoo