ALOR SETAR - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah malam Rabu bagi menempatkan 167 mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 51 keluarga dari dua daerah berkenaan.