Dr Mahathir persoal mana keuntungan FGV

Iklan
Dr Mahathir - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoal di manakah duit FGV Holdings Bhd yang didakwa mencatat keuntungan besar.

Beliau yang merujuk dirinya sebagai Ahli Parlimen Langkawi bertanya perkara itu ketika mencelah sewaktu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sedang membahaskan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (Felda)’ di Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

"Sebagai wakil rakyat Langkawi, saya kagum dengan cerita-cerita dongeng yang disampaikan. Yang saya hairan, kenapa dia (Ahmad) tidak beritahu kepada 'bossku' lama dia, supaya hari ini kita tidak ada masalah dan tak perlu ada Kertas Putih. Semua bersih belaka.

"Tetapi penyangak-penyangak ini telah meninggalkan bekas-bekas mereka dan kitalah yang perlu bersihkan, dan tuan-tuan dan puan-puan begitu banyak untung FGV ini, berbilion-bilion, (boleh) tolong tunjuk di mana duit itu ada?" katanya.

Iklan

Terdahulu, Ahmad yang melahirkan rasa teruja dengan kehadiran perdana menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mendengar perbahasan berkenaan berkata FGV mencatat keuntungan dari 2012 hingga 2017. Ahmad mendakwa setelah Pakatan Harapan memerintah, FGV pada 2018 mencatat kerugian berjumlah RM1.04 bilion.

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas Putih Felda: Azmin cabar Najib berbahas di Parlimen

Iklan

"Tetapi apabila Yang Berhormat (Langkawi) ambil alih kerajaan, eh menteri ekonomi lah (merujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), saya tak nak salahkan (Langkawi). Saya kalau jumpa

Yang Berhormat Langkawi, saya salam cium tangan, arwah ayah saya, saya cium tangan, bekas-bekas perdana menteri, Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) saya tak cium, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir saya cium tangan," katanya yang mengundang gelak ketawa anggota Dewan Rakyat.

Beliau kemudian meneruskan perbahasannya termasuk mencadangkan supaya diwujudkan kawasan industri di tanah rancangan Felda bagi memajukan dan memberi peluang pekerjaan kepada generasi kedua Felda sebelum Dr Mahathir bangun bagi mencelah perbahasan itu.

"Hari ini dalam sejarah, saya bagi laluan sepenuhnya," katanya yang sebelum itu tidak membenarkan pencelahan daripada dua anggota Parlimen iaitu Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil(PH-Lembah Pantai) dan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat). - Bernama