PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte berang dengan keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang menolak jaringan Harry Kane pada masa kecederaan ketika menentang Sporting Lisbon dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara pada Khamis.
Malah pengurus dari Itali itu mendakwa teknologi insan tersebut tidak berlaku adil terhadap kelab London ketika perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur berkenaan.
Iklan
Iklan
Kane sebelum itu merembat masuk pada minit kelima masa tambahan sekali gus mencetuskan sambutan kemenangan para penyokong tuan rumah yang percaya kelab London tersebut telah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Namun pegawai pertandingan dari Belanda, Pol van Boekel yang mengendalikan VAR memutuskan Kane telah mendahului bola apabila tandukan Emerson Royal terkena Flavio Nazinho sebelum melantun ke laluan penyerang itu, menerjah masuk bola untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Keputusan VAR itu disambut kegembiraan kem Sporting sekali gus menyaksikan jaringan Marcus Edwards (22') yang kemudian diikat tandukan penyamaan Rodrigo Bentancur (81') – menyebabkan keempat-empat pasukan dalam kumpulan D masih berpeluang mara ke peringkat kalah mati dalam perlawanan terakhir.
"Saya keputusan tidak adil ini kerana bola berada di hadapan Kane. Maaf, tetapi saya benar-benar kecewa kerana kadangkala anda boleh menerima situasi ini dan kadangkala tidak kerana saya tidak nampak kejujuran dalam situasi seperti ini dan apabila saya melihat ini, saya menjadi sangat-sangat kecewa,
"Saya fikir Tottenham tidak begitu bernasib baik dengan VAR tetapi saya percaya teknologi ini mencipta kerosakan besar.
"Saya ingin melihat sama ada keputusan jenis ini boleh anda ambil dengan pasukan teratas, dalam perlawanan penting, ya saya ingin melihat sama ada VAR begitu berani untuk mengambil keputusan seperti dalam perlawanan ini," kata Conte.