Guan Eng enggan ulas tindakan Wong Tack tanding Bebas

Iklan
Guan Eng (kiri) melihat persiapan bahan kempen yang sedang dibuat di Wisma DAP Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai tindakan bekas Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack yang mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu selepas digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya ketika ditanya mengenai perkara itu, Guan Eng hanya memberi penghargaan kepada beberapa bekas Ahli Parlimen DAP yang diumumkan tidak bertanding pada PRU15 seperti penyandang kerusi Parlimen Damansara, Tony Pua; Kasthuri Patto (Batu Kawan), Charles Santiago (Klang) dan Ong Kian Ming (Bangi).

Iklan
Iklan

"Saya hanya nak menyatakan dan menghargai sumbangan yang diberikan Tony Pua, Kasthuri, Charles Santiago dan Kian Ming yang telah menerima keputusan oleh Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook atas sumbangan mereka kepada parti sebelum ini.

"Sungguhpun tidak bertanding, mereka tetap masih menyokong parti," katanya ketika sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan bekas Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Wong Tack mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu selepas digugurkan sebagai calon PRU15.

Wong Tack dilaporkan membuat keputusan bertanding secara Bebas atas tuntutan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Iklan

Menurutnya, kerusi Parlimen Bentong akan dipertahankan atas tiket rakyat selepas namanya tiada dalam senarai calon kerusi itu bagi PRU15.

Dalam pada itu, Wong Tack berkata, sebagai anak jati Bentong, beliau tekad untuk mempertahankan kerusi disandangnya sejak PRU14 itu.