Cucu lelaki dipenjara 12 bulan cederakan nenek

Iklan
Nazri (dua dari kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis kerana menampar dan meletakkan cekodok panas pada tangan neneknya.

MELAKA - Tindakan seorang lelaki menampar dan meletakkan cekodok panas pada tangan neneknya, akhirnya berbalas selepas dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Nazri Zol, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Nazri dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap neneknya, Halimah Hassan, 83.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan SB 1, Taman Sutera Belia, Batu Berendam, di sini kira-kira jam 9.20 pagi pada 21 Oktober lalu.

Iklan

Kesalahan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudian bertindak menampar belakang badan dan muka nenek serta mengambil kuih cekodok panas dan diletakkan pada tangan kanan warga emas itu.

Iklan

Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan sebelum tertuduh ditangkap di lokasi dan hari sama pada jam 10 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan begitu serius dan tidak sewajarnya dilakukan seorang cucu terhadap neneknya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 12 bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu.