Wanita ditahan serang pejabat PM New Zealand

Iklan
Gambar hiasan

WELLINGTON - Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan pada Khamis berhubung insiden serangan ke atas pejabat perwakilan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di Auckland, lapor Xinhua.

Pejabat Ardern menjadi sasaran dan sebilah pedang dilaporkan ditemukan di luar bangunan, menurut perkhidmatan kecemasan.

Iklan
Iklan

Wanita itu cuba memecahkan pintu hadapan pejabat dengan menggunakan pedang dan membaling objek ke dalam bangunan hingga mengeluarkan asap, kata seorang saksi.

Insiden berkenaan masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Iklan

Ardern kini berada di Antartika untuk rangka lawatan empat hari bagi meraikan ulang tahun ke-65 Pangkalan Scott New Zealand, satu-satunya stesen penyelidikan Antartika di negara itu dan dijadual pulang pada Jumaat. - Bernama

Iklan