Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan bermula Sabtu hingga Isnin ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan di Sarawak melibatkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. - Bernama.