UPKK dipinda ke 28 November hingga 1 Disember

Iklan
Tarikh pelaksanaan ujian bertulis bagi UPKK dipinda ke 28 November hingga 1 Disember depan.

PUTRAJAYA - Tarikh pelaksanaan ujian bertulis bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dipinda ke 28 November hingga 1 Disember depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pindaan itu dibuat susulan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang sepatutnya pada 14 November dipinda kepada 28 November.

"Adab pula dipinda kepada 30 November daripada 16 November," katanya.

Iklan

Hakimah berkata, Jakim prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan.

"Jabatan amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini," katanya.

Iklan