Tiada perbincangan rasmi kerjasama PN-GTA: Muhyiddin

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tidak ada perbincangan rasmi membabitkan PN dan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, PN telah memutuskan bahawa akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.

Iklan
Iklan

"Yang penting kita di peringkat parti, setakat hari ini tidak ada perbincangan rasmi dibuat.

"Mungkin ada hajat (atau) hasrat begitu sahaja tapi kita akan teruskan atas dasar PN sahaja,” katanya.

Iklan

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor mengesahkan rundingan antara parti itu dengan PN masih berjalan.

Bagaimanapun katanya, perbincangan itu tidak melibatkan Muhyiddin.

Iklan

Tambah Muhyiddin, pihaknya bukan tidak mahu bekerjasama dengan GTA sebaliknya PN bertanding dalam PRU15 telah disusun sejak awal.

"Jadi masing-masing akan teruskan atas agenda PN bukan PN Plus, tidak ada setakat ini,” ujarnya.