Wong Tack tanding Bebas, DAP akan lucut ahli

Iklan
Anthony (enam dari kiri) bersama barisan pemimpin PH Melaka ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Parlimen Kota Melaka dan pengumuman calon Parlimen Kota Melaka di Kota Laksamana di Melaka, pada petang Khamis.

MELAKA - Parti DAP tidak akan teragak-agak melucutkan keahlian penyandang Parlimen Bentong, Wong Tack sekiranya individu itu berkeras untuk bertanding atas tiket Bebas di parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya perkara itu benar berlaku keanggotaannya dalam DAP dilucutkan serta-merta dan tidak ada pengecualian termasuk kepada ahli yang tidak menghormati keputusan parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau berharap anak jati Bentong itu tidak melakukan perbuatan tersebut dan berfikiran matang sebelum bertindak menyalahi dasar parti.

"Saya harap dia tidak akan melakukannya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kota Melaka dan pengumuman calon Parlimen Kota Melaka di Kota Laksamana di sini, pada petang Khamis.

Hadir sama, Pengerusi DAP Melaka, Damien Yeo Shen Li, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong dan ADUN Kesidang, Alex Seah Soo Chin.

Iklan

Sinar Harian pada Rabu melaporkan bekas Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu selepas digugurkan sebagai calon.

Wong Tack dilaporkan membuat keputusan bertanding secara Bebas atas tuntutan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Tambah penyandang Parlimen Seremban itu, beliau berharap Wong Tack akan mempertimbangkan semula supaya tidak bertindak mengikut emosi dan kekal bersama PH.

"Saya dah tawarkan Parlimen Cameron Highlands sebelum saya buat pengumuman tapi dia dah tolak, kita harap dia tidak bertanding Bebas," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Anthony turut mengekalkan penyandang Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong bagi mempertahankan kerusi kubu kuat DAP itu.

Menurutnya, rekod pencapaian baik yang ditunjukkan serta kerja keras yang dilakukan Poay Tiong selayaknya dia dicalonkan semula.

Ujar beliau, lima kerusi Parlimen negeri ini akan diumumkan dalam masa terdekat termasuk kerusi Parlimen Alor Gajah yang dimenangi PH pada PRU lalu.

"Kita membawa semangat PH dan bukan DAP sahaja, semua keputusan dan pertimbangan menjurus kepada semangat berpasukan dalam PH," katanya lagi.

Pada PRU14, Poay Tiong menang di Kota Melaka dengan majoriti besar 49,175 undian menewaskan calon BN, Eric Choo Wei Sem dan dan calon Bebas, Goh Leong San.