'Disangka janin bayi rupanya kucing'

Iklan
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penemuan janin bersama uri oleh seorang tukang cuci di masjid berkenaan.
KEMAMAN - Janin yang ditemui dalam tandas Masjid Labohan, Kerteh, pada Khamis, disahkan sebagai janin kucing.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihak forensik Hospital Kemaman telah mengesahkan janin yang ditinggalkan bersama uri berkenaan bukan milik manusia.

"Kita dapat pastikan yang itu adalah janin kucing setelah dilakukan pemeriksaan secara terperinci di bahagian forensik.

Iklan
Iklan

"Tidak kira sama ada janin manusia atau kucing yang penting pihak polis memberi respon segera terhadap setiap aduan masyarakat," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penemuan janin bersama uri oleh seorang tukang cuci, Kariza Muda,49 di masjid berkenaan turut menggemparkan jemaah dan penduduk sekitar.

Iklan
Iklan