Mujahid mulakan tindakan saman Pas

Iklan
Hantaran Facebook Mujahid pada Khamis.

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pada Khamis memulakan tindakan undang-undang terhadap Pas.

Beliau berkata, surat tuntutan fitnah itu dihantar kepada Pas melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir.

Iklan
Iklan

Kenyataan Mujahid itu merujuk kepada tulisan 'Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti' dan ditularkan oleh akaun Facebook Pas pada 16 Oktober lalu.

Mujahid turut memberi tempoh selama 48 jam kepada Pas antaranya memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.

Iklan

Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga menuntut agar tulisan yang mengaitkannya dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ditarik balik selain parti berkenaan perlu meminta maaf kepadanya.

Beliau turut menuntut Pas membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi disebabkan oleh tulisan berkenaan.

Iklan

"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan Pas yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT,” tegasnya.