SHAH ALAM - Dalam tempoh seminggu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti politik seluruh negara dilihat rancak mengumumkan calon masing-masing.
Untuk rekod, kesemua parti politik diberi tempoh sebanyak 16 hari untuk memuktamadkan bukan sahaja pembahagian kerusi, malah mengenal pasti kawasan diyakini mampu menang sebelum 5 November ini.