[VIDEO] PH lancar manifesto PRU15 Rabu depan

Iklan
Adly Zahari - Foto fail Bernama

JEMPOL - Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan manifestonya yang dikenali sebagai 'Tawaran Harapan Kita Boleh' bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PH Pusat, Adly Zahari berkata, ia dijangka dilancarkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Manifesto ini berasaskan kepada tiga teras paling penting iaitu kebajikan, ekonomi dan sistem yang perlu diberikan pembaharuan antaranya melibatkan pentadbiran termasuklah dari segi saiz kabinet kita dan juga isu-isu yang melibatkan penyampaian kepada rakyat.

"...Dan juga bagaimana kita mahu membawa Malaysia ke hadapan. Kita akan bagi solusi, itu adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah yang kita hadapi dalam negara kita," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera PRU15 Amanah Negeri Sembilan di sini malam Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tawaran tersebut bukan sahaja meliputi apa yang mahu diberikan dan dilakukan tetapi sebenarnya banyak memberi fokus terhadap aspek pelaksanaan selepas diberi mandat oleh rakyat.

Iklan

"Insya-ALLAH, Datuk Seri Anwar akan perjelaskan lagi tentang manifesto itu malah memang kita ambil maklum daripada semua pandangan, masalah-masalah dalam negara dan seumpamanya," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, ada juga tawaran-tawaran dalam manifesto PH pada pilihan raya umum lalu juga akan diteruskan untuk PRU15 nanti.

Katanya, ia termasuklah mengurangkan kadar tol dan menstabilkan harga minyak.

"Ya memang kita komited dalam hal itu kerana bagi kita perkara-perkara teras dalam kehidupan rakyat itu akan kita beri keutamaan terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan harga barang.

"Kita tahu isu berkaitan harga barang terkait juga dengan produktiviti kita dengan isu yang melibatkan pekerja asing, begitulah juga hal berkaitan teknologi penggunaan dan sebagainya.

"Jadi sebenarnya perkara itu harus kita berikan tumpuan, kalau tak tumpu kepada produktiviti kita, inflasinya akan terus meningkat dan akhirnya kita terpaksa menggunakan wang negara yang begitu banyak," katanya.