PGA Sarawak rampas balak bernilai lebih RM1 juta

Iklan
Gambar hiasan

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 Sarawak merampas 1,003 batang balak bernilai lebih RM1 juta dalam Op Libas yang dijalankan di Kampung Pati Kenyalang, Jalan Ensengai Serian, semalam.

Pegawai Memerintah, Superintendan Rosdi Inai berkata serbuan dijalankan pada jam 4.30 petang itu adalah hasil intipan sejak beberapa hari lalu selain menerima maklumat awam.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pengambilan kayu balak dan seorang lelaki warganegara Indonesia yang berusia 28 tahun mengaku sebagai penyelia di kawasan tersebut telah ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosdi berkata, balak dan dua jentolak turut dirampas dan diserahkan ke Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015. - Bernama

Iklan
Iklan