PRU15: Amanah letak calon di 16 DUN, empat Parlimen Pahang

Iklan
Amanah Pahang mengesahkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi DUN di negeri ini pada PRU15. (Gambar kecil: Zulkifli Mohamed)

KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang mengesahkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain mempertahankan Parlimen Temerloh yang disandang bekas Setiausaha Agung Amanah, Datuk Anuar Tahir, parti itu juga akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Maran, Paya Besar dan Kuala Krau.

Iklan
Iklan

Pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRU14 berlaku penambahan dengan tiga kerusi baharu di Parlimen dan tambahan empat kerusi di DUN.

Menurutnya, semua senarai calon di kerusi-kerusi berkenaan telah dikenal pasti dan akan dimuktamadkan pada Ahad sebelum diumumkan dijangka pada Selasa.

Iklan

"Kerusi Parlimen yang ditandingi Amanah akan diisi calon tempatan dan luar yang berpotensi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Zulkifli berkata, gerak kerja jentera parti telah dimulakan melalui pembukaan bilik-bilik gerakan di kawasan-kawasan ditandingi.

Iklan

Sementara itu, Zulkifli mengesahkan akan kekal bertanding di DUN Beserah kali ini.

Pada PRU14, beliau tewas kepada penyandang, Andansura Rabu dari Pas.

Andansura yang memperoleh 12,239 undi menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan Zulkifli (10,934 undi) dan calon BN, Datuk Suhaimi Sulong (8,732 undi).