70,000 anggota keselamatan sedia hadapi banjir

Iklan
Hamzah ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Taklimat Persediaan PRU15 dan Banjir 2022 di sini pada Jumaat.

KOTA BHARU - Seramai 70,000 anggota keselamatan dalam keadaan bersedia jika berlaku banjir dalam tempoh sekarang hingga akhir tahun akibat Monsun Timur Laut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 18,500 melibatkan Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan 15,000 daripada Angkatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, persiapan itu turut melibatkan seramai 10,500 Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), 4,400 daripada Jabatan Sukarelawan Awam (Rela) dan PDRM seramai 21,018.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Banjir 2022 di sini pada Jumaat.

Iklan

Hamzah memberitahu, rakyat boleh mempercayai sepenuhnya kebolehan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berlaku banjir.

Tambah beliau, kementerian meletakkan polis untuk mengetuai koordinasi sepanjang bencana dan meminta semua agensi terlibat membantu.

Iklan

"Kita turut menyediakan semua aset yang ada bagi membolehkan jaminan keselamatan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan sebanyak, 5,500 kawasan panas yang berpotensi banjir besar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pihaknya juga mendapati sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air dalam tempoh bencana itu.