'Serah kepada parti buat keputusan' - Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyerahkan sepenuhnya kepada Pas sama ada beliau akan bertanding di negeri ini atau diletakkan sebagai calon di Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, sebagaimana pimpinan lain, beliau serahkan kepada parti untuk membuat keputusan dan penilaian yang terbaik untuk Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Walau bagaimanapun, hati saya telah jatuh cinta dengan kawasan Kubang Kerian ini. Dan apa yang penting, kita melaksanakan apa jua yang diamanahkan dan tanggungjawab.

"Insya-ALLAH, kita tunggu pengumuman yang akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kasa 2020 @ Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan ADUN Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.