Bojan belum puas hati aksi KL City FC

Iklan
Romel (kiri) meraikan jaringan KL City ketika berdepan PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Khamis. -Foto Bernama

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak nyata gembira dengan keputusan yang diraih pasukannya pada aksi pertama Piala Malaysia selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 pada Khamis.

Meskipun gembira dengan keputusan tersebut, jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui masih belum berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buahnya pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berharap aksi yang lebih baik mampu dijelmakan pasukannya pada perlawanan timbal balik yang akan berlangsung pada Isnin ini.

"Barisan pertahanan beraksi dengan cukup baik namun tidak bagi barisan hadapan yang mana mereka perlu lebih tenang dan bermain dengan lebih mudah pada perlawanan akan datang.

Iklan

"Beberapa pemain yang jarang diturunkan diberikan peluang bermain pada perlawanan ini dan seperti biasa ada yang nampak tidak selesa tetapi ia pasti akan berubah pada perlawanan selepas ini.”katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras skuad kendalian Bojan Hodak menguasai perlawanan, namun gol finalis Piala AFC itu hanya hadir menerusi jaringan Romel Morales pada minit ke-47.

Iklan

Bersambung babak kedua, KL City FC menggandakan asakan dan berhasil memperoleh dua jaringan lagi menerusi Paulo Josue pada minit ke-67, sebelum Morales menambah koleksi gol kedua di minit ke-78.

Dalam pada itu, pengendali PDRM, Razak Jamadi mengakui kegagalan pemainnya untuk fokus pada aksi tersebut menjadi punca utama pasukannya tewas kepada juara bertahan itu.

"Untuk separuh masa pertama kami dapat mengimbangi Kuala Lumpur City tetapi kekurangan fokus pada minit akhir menghukum kami.

"Pada separuh masa kedua kami juga dapat menunjukkan permainan yang baik tetapi terlalu memberi ruang kepada lawan dan terlalu menghormati pemain KL City sebagai satu pasukan Asia.

"Gol minit akhir itu tetap memberikan gangguan tetapi saya terus memotivasikan para pemain untuk lebih fokus pada babak kedua namun segala peluang gagal diterjemahkan oleh penyerang," ujarnya