Kaji semula fi aktiviti, konservasi di Taman Negara Pulau Pinang
Iklan
Sekumpulan penduduk tempatan, pengusaha bot dan pemandu pelanocng mengadakan bantahan aman di hadapan Pejabat Taman Negara Pulau Pinang pada Jumaat.
TELUK BAHANG - Sekumpulan pengusaha bot memohon agar Taman Negara Pulau Pinang mengkaji semula pelaksanaan fi aktiviti dan fi konservasi di hutan simpan itu kerana ia dilihat amat tinggi.
Mereka bimbang, pelaksanaan caj yang akan berkuat kuasa pada 1 November itu bakal menyebabkan aktiviti pelancongan di situ terjejas.
Iklan
Iklan
Wakil kumpulan itu, Mohamad Afizee Rodzi, 33, berkata, caj yang bakal dikenakan iaitu RM10 untuk pelancong dewasa tempatan dan RM50 untuk warga asing dilihat amat tinggi kerana sebelum ini tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman tersebut.
Mohamad Afizee
"Fi aktiviti dan konservasi yang dikenakan tidak munasabah. Perkara ini telah diberitahu kepada pengusaha bot dalam mesyuarat pada Mei lalu dan ketika itu kami ada membantah.
Iklan
"Bagaimanapun, tiada kata putus dibuat ketika itu. Jika diikutkan, fi aktiviti dan fi konservasi ini akan berkuat kuasa pada Julai lalu namun tidak berlaku.
"Namun minggu lalu kami terima satu surat menyatakan pelaksanaan caj itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini.
Iklan
"Oleh demikian, kami mohon agar Taman Negara Pulau Pinang mengkaji semula pelaksanaan caj tersebut. Sekurang-kurangnya tangguh dahulu," katanya ketika ditemui di hadapan Pejabat Taman Negara Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Sebelum itu, Mohamad Afizee bersama beberapa pengusaha bot, orang awam serta pemandu pelancong melakukan bantahan aman di hadapan Pejabat Taman Negara Pulau Pinang bagi meminta penangguhan dan mengkaji semula pelaksanaan caj terhadap pengunjung hutan simpan itu.
Selain itu, Mohamad Afizee turut menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani lebih 300 pelancong, penduduk tempatan, pengusaha bot serta pemandu pelancong kepada wakil Pejabat Taman Negara Pulau Pinang untuk diambil tindakan selanjutnya.
Mohamad Afizee (dua dari kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil Taman Negara Pulau Pinang pada Jumaat.
Tambah Mohamad Afizee, sejak 2003, Taman Negara Pulau Pinang tidak pernah mengenakan caj dan fi yang bakal dikenakan mahal berbanding taman negara lain.
Bagi pelancong tempatan mereka akan dikenakan fi konservasi berjumlah RM10 (dewasa) serta RM5 (bagi pelajar dan kanak-kanak) serta RM2 (penduduk tempatan) manakala bagi pelancong asing mereka dikenakan RM50 (dewasa), RM20 (pelajar) dan RM15 (kanak-kanak 3 hingga 12 tahun).
"Taman Negara Pahang hanya mengenakan RM1 untuk pengunjung tempatan manakala RM2 untuk warga asing. Oleh demikian, kami berharap Taman Negara Pulau Pinang mengurangkan caj semaksimum yang boleh.
"Jika tidak, pengunjung tidak akan ke sini sekali gus menyebabkan pendapatan kami terjejas. Perkara ini akan turut menjejaskan lebih 100 pengusaha bot di Teluk Bahang, Batu Feringghi dan Tanjung Bungah," katanya.
Sementara itu, pemandu pelancong, Suhaimi Hamid, 57, berkata, Taman Negara Pulau Pinang adalah di bawah kerajaan dan bukannya milik persendirian yang memerlukan caj kemasukan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam