Pilih pemimpin jaga hubungan dengan ALLAH

Iklan
Izzhar Nazri

SHAH ALAM - Pengundi perlu memilih calon yang menjaga hubungan baiknya dengan ALLAH SWT dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar negara dapat ditadbir urus tanpa berlakunya penyelewengan.

Pendakwah bebas, Izzhar Nazri berkata, perkara itu juga ditekankan oleh Imam Nawawi dalam senarai 21 ciri kepimpinan dalam Islam yang perlu ada dalam seseorang diri pemimpin sejati.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemimpin yang tidak berada di jalan ALLAH akan lebih berkemungkinan mengikut hawa nafsu dan tersasar dalam objektif utama untuk membantu rakyat.

"Apabila bercerita tentang pemimpin, bermakna dia adalah orang orang paling atas dan berkuasa sekali gus cenderung untuk nak buat perkara seperti rasuah, penipuan dan penyelewengan.

Iklan

"Tetapi apabila pemimpin ini, jaga hubungan dengan ALLAH, dia tahu tinggi macam mana pun posisi dia dalam masyarakat, ada yang lebih tinggi daripada dia iaitu ALLAH SWT. Dia tahu ALLAH akan selalu melihat setiap tindakannya jadi dia tidak akan berani buat perkara yang salah," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertajuk Pemimpin Sejati Yang Dicari yang dihoskan Muhammad Shamsul Abd Ghani dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Izzhar turut menegaskan ulama memainkan peranan penting di sisi seseorang pemimpin bagi mengelakkan terjerumus dalam perkara yang tidak sepatutnya.

"Salah satu syarat nak berada di tampuk kepimpinan yang bersih daripada rasuah, seseorang pemimpin mesti kena ada ulama di sebelah.

"Pemimpin mesti kena ada guru yang memberikan pendapat dalam setiap tindak tanduk keputusan. Sebab itu, antara kemusnahan pemimpin adalah kerana tidak ada ulama di sebelah dan pemimpin itu membuat keputusan tanpa mengambil kira soal agama. Ia sekali gus menyumbang kepada sesuatu perkara negatif yang akan berlaku.

"Satu lagi kemusnahan dalam negara apabila ulama yang terpaksa akur dengan pemimpin itu," katanya.