Pelajar institusi KPM dapat cuti lima hari pulang mengundi

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Semua pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi cuti pelepasan lima hari bermula 17 hingga November untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai tarikh hari pengundian pada 19 November.

Iklan
Iklan

"Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing," kata kementerian itu.

Ujar KPM, pelepasan cuti itu juga sebagai tanda sokongan kementerian terhadap pelaksanaan Undi 18 yang diwartakan kerajaan fasa 1 Disember tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Sehubungan dengan ini, semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain," katanya.