Peka laporan ramalan cuaca

Iklan
Seorang nelayan dilihat menyusuri sungai dengan sebuah bot kecil dalam keadaan hujan lebat berhampiran Jeti Nelayan Pengkalan Kempas.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menasihatkan nelayan pantai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan peka terhadap laporan ramalan cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dari masa ke semasa.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata, ia susulan ramalan MetMalaysia bahawa negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir pada penghujung bulan berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, orang awam yang melakukan aktiviti di sungai dan laut turut diingatkan agar sentiasa peka dengan situasi cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.