Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF

Iklan
Mohd Ali

PRESIDEN Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) dari 2022 hingga 2026.

WKF dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

Iklan
Iklan

WKF juga mengesahkan Antonio Espinós dari Sepanyol sebagai presidennya dan José García Maañón dari Argentina selaku naib presiden pertama untuk persekutuan itu dan diikuti Naseer Alrazooqi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk naib presiden kedua dan Bechir Cherif dari Tunisia sebagai naib presiden ketiga.

Badan pentadbir karate dunia itu juga melantik Toshihisa Nagura dari Jepun sebagai Setiausaha Agung.

Iklan

Penyertaan Samantha Desciderio dari Mexico and Sarah Wennestrom dari Sweden selaku ahli dilantik ke dalam badan pembuat keputusan dialu-alukan,” katanya.

Sementara itu, Espinós mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang tidak lagi bersama WKF di atas usaha dan sumbangan kepada kemajuan sukan karate dalam beberapa tahun sebelum ini dan mengalu-alukan ahli baharu ke dalam persekutuan itu. - Bernama

Iklan