Speedy Tigers fokus satu demi satu perlawanan

Iklan
Arul Selvaraj

SPEEDY Tigers, mungkin memiliki ranking teratas dalam kalangan negara peserta namun ia tidak bermakna laluan mudah untuk merangkul gelaran sulung Kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 1 hingga 10 November ini.

Di kertas, Malaysia dengan reputasi sebagai pasukan ranking ke-10 dunia serta kelebihan di gelanggang sendiri mampu mencipta sejarah merangkul kejuaraan itu buat pertama kali sejak kejohanan jemputan berprestij itu diperkenalkan ada tahun 1983.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pengendali Arul Selvaraj enggan mendabik dada mengenai peluang merangkul kejuaraan tanpa kehadiran juara 10 kali, Australia, juara dua kali, Great Britain dan juara lima kali, India, kali ini.

Kejohanan ini buat pertama kali akan menawarkan mata ranking dunia buat semua enam pasukan bertanding, sekali gus menambahkan lagi prestij kejohanan ini.

Iklan

Selain Malaysia, kejohanan ini disertai Korea Selatan, ranking ke-12, Afrika Selatan (14), Jepun (17), Pakistan (18) dan Mesir (20).

"Kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku dalam kejohanan ini...kami mahu memberi tumpuan satu demi satu perlawanan. Sudah pasti peminat tempatan mempunyai harapan yang tinggi manakala semua pasukan mahu mencapai kejayaan," katanya.

Iklan

Arul Selvaraj menjelaskan barisan pemain hanya beraksi sebagai satu pasukan pada kejohanan utama kedua ini selepas Piala Asia 2022 dan kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan menghadapi Piala Dunia 2023 di India, Januari depan, katanya pada Jumaat.

Untuk rekod pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Sultan Azlan Shah ialah muncul naib juara sebanyak lima kali pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Beliau berkata, sasaran utama skuad Speedy Tigers adalah memenangi pingat emas pada temasya tertangguh Sukan Asia 2022 di Hangzou, China, September tahun depan, sekali gus layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau juga mengesahkan Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Muhammad Shahril Saabah yang masing-masing cedera, serta penyerang, Faizal Saari, yang ketika ini beraksi bersama kelab ZSV Schaerweijde di liga utama Belanda, tidak tersenarai dalam skuad Piala Sultan Azlan Shah.

Speedy Tigers akan membuka kempen dengan menentang Korea Selatan pada 1 November ini. - Bernama