PKR yakin Anwar menang di Parlimen Tambun

Iklan
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menang atau tidak di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terjawab.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebelum membuat keputusan tersebut, pihaknya telahpun membuat tinjauan dan semakan secara terperinci di Parlimen tersebut.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), Anwar sedang mendahului di Parlimen Tambun," katanya ketika berucap pada majlis Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas malam ini.

Pada 20 Oktober lalu, Anwar diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di ParlimenTambun.

Iklan

Anwar dijangka berdepan dengan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hampir pasti mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.

Dengan pengumuman itu, Anwar bakal meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya selepas menang besar dengan majoriti 23,560 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, pada 13 Oktober 2018.

Iklan