PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan jaringan Cristiano Ronaldo ketika The Red Devils menewaskan Sheriff Tiraspol, 3-0, di saingan Liga Europa merupakan hadiah ketabahannya selepas penyerang Portugal itu kembali bersama pasukan setelah berdepan masalah disiplin.
Ronaldo mula menjalani latihan secara sendirian sejak minggu lalu, selepas diketepikan daripada skuad berdepan Chelsea, apabila digugurkan kerana enggan bermain sebagai pemain gantian menentang Tottenham Hotspur.
Iklan
Iklan
Begitupun, dia membuktikan kepulangannya dengan menjaringkan gol ketiga United selepas Diogo Dalot dan Marcus Rashford meletakkan kelab sensasi Inggeris itu di hadapan untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati pertandingan kelab peringkat kedua Eropah.
"Akhirnya, dia mendapat ganjaran untuknya. Tekanan sentiasa ada. Ronaldo tahu itu dan kami perlu menanganinya.
"Semua pemain United tahu itu. Semua penjaring terbanyak memerlukan itu, setiap kali, pengesahan mereka boleh melakukannya. Dia bermain dengan keinginan dan mahu menjaringkan gol, sebanyak mungkin," kata ten Hag.