PKR peruntuk tiga kerusi Parlimen untuk Muda, PSM

Iklan
Rafizi ketika hadir majlis Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ Taman Kosas pada malam Jumaat.

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperuntukkan tiga kerusi Parlimen kepada Parti Ikatan Demokratik (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, tiga kerusi Parlimen tersebut adalah Sungai Siput, Tapah dan Sembrong.

Iklan
Iklan

"Kami masih lagi dalam perbincangan dan kemungkinan pembahagian kerusi ini akan dimuktamadkan dalam masa sehari dua ini.

"Kami tidak dapat umumkan lagi kerana ia bergantung kepada perjanjian pakatan dengan mereka (Muda dan PSM),” katanya kepada media selepas majlis Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas pada malam Jumaat.

Iklan

Penyandang kerusi Parlimen Sungai Siput adalah S Kesavan dari PKR manakala kerusi Parlimen Tapah disandang oleh Datuk Seri M Saravanan dari Barisan Nasional (BN).

Parlimen Sembrong pula disandang oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Iklan