SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini menyaksikan parti-parti politik bakal bersaing sengit sekurang-kurangnya di 145 kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu/bumiputera di Semenanjung dan Sabah.
Pertembungan empat parti utama iaitu Barisan Nasional (UMNO), Perikatan Nasional (Bersatu dan Pas), Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) serta Gerakan Tanah Air (Pejuang, Putra dan Iman) berlaku selepas parti-parti tersebut gagal membentuk sebarang pakatan setakat ini.