HOUSTON - Enam kanak-kanak berumur dari satu hingga 13 tahun terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan dan bunuh diri di sebuah rumah di Broken Arrow di Oklahoma di tengah AS pada Khamis, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Dua suspek dewasa juga ditemui mati di rumah, Xinhua memetik Ketua Polis Broken Arrow Brandon Berryhill sebagai berkata pada sidang akhbar. Senjata juga ditemui di rumah itu.