MELAKA - Seorang pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di KM216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh semalam, direman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu.