Jangan naikkan harga tiket, tambah penerbangan: Ka Siong

Iklan
Ka Siong (dua dari kiri) menyerahkan lesen B2 kepada penerima Program BLKM di SMK Suria Perdana pada Sabtu.

BATU PAHAT - Syarikat penerbangan diminta menambah kekerapan penerbangan ke seluruh negara terutamanya ke Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kekerapan penerbangan ini dapat membantu mengurangkan kos terutamanya dari segi tambang yang dikenakan kepada penumpang.

Iklan
Iklan

"Dalam masa yang sama, semua syarikat penerbangan diminta tidak menaikkan harga tiket kapal terbang dalam tempoh PRU15 terutamanya pada hari mengundi nanti.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat daerah Batu Pahat dan Progam Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ka Siong, Kementerian Pengangkutan juga mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk membuat pemantauan secara lebih kerap lagi kepada semua syarikat penerbangan yang ada ketika ini.

"Pemantauan harga-harga tiket dan jadual penerbangan akan dilakukan oleh MAVCOM dengan lebih giat bagi membolehkan ramai rakyat dapat pulang untuk mengundi," katanya.

Iklan

Katanya, Kementerian Pengangkutan juga telah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk memberi kelulusan terus kepada syarikat pengusaha bas yang memohon untuk menambah jumlah bas dalam tempoh pilihan raya.

"Bagi pengangkutan darat pula, setakat ini kementerian memberi jaminan semua bas mencukupi sepanjang tempoh pilihan raya," katanya.