KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selewatnya Khamis depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan tempat yang akan diumumkan itu.
Iklan
Iklan
Beliau menjelaskan, jumlah kerusi bertanding bagi semua calon PN sudah diketahui, namun perlu menunggu pengesahan daripada Majlis Tertinggi PN.
"Saya difahamkan sehari dua ini kita boleh tahu," ujar beliau secara ringkas.
Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan Pas (lapan).