GTA sasar tanding 17 kerusi di Johor

Iklan
Mukhriz (tengah) melancarkan Jentera GTA Johor di Batu Pahat pada Sabtu.

BATU PAHAT - Gerakan Tanah Air (GTA) meletakkan sasaran mahu bertanding sekurang-kurangnya di 17 kerusi majoriti Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Penajanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, GTA akan memuktamadkan senarai calon pada Ahad termasuk di Parlimen Pagoh.

Iklan
Iklan

Katanya, majlis pengumuman rasmi calon GTA yang akan bertanding pada PRU15 di seluruh negara dijangka dibuat pada 2 November di Kuala Lumpur.

"Sudah tentu GTA mengharapkan Johor akan dapat menyumbang jumlah kemenangan yang cukup besar daripada keseluruhan 120 Parlimen yang ditandingi calon GTA di seluruh negara," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Jentera GTA Johor di Batu Pahat pada Sabtu.

Mukhriz (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera GTA Johor di Batu Pahat pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mukhriz tidak menolak kemungkinan keenganan parti lain untuk bergabung dengan GTA disebabkan mereka sudah mempunyai senarai agihan kerusi.

Iklan

Katanya, jika gabungan dilakukan saat akhir ia akan menyebabkan satu rombakan pembahagian kerusi seterusnya merumitkan kerjasama dilakukan.

"Bagaimanapun, semua gabungan parti iaitu GTA, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tetap mempunyai misi yang sama iaitu menumbangkan UMNO dan BN pada PRU15.

"Sebab itu, bila saya sebut tidak semua kerusi GTA bertanding, salah satu yang jadi pertimbangan ialah kita mahu melihat parti mana yang ada peluang cerah untuk menang dan sekat BN.

"Oleh itu perlukah GTA tanding atau apabila adanya GTA di situ akan memecahkan undi pembangkang yang akhirnya akan menyebabkan BN menang selesa sepertimana pada PRN Johor," katanya.