PRU15: BN pancing pengundi muda guna Tiktok

Iklan
BERITA SEMASA 29 OKTOBER 2022

Barisan Nasional Perlis akan menggunakan platform media sosial Tiktok sebagai medium untuk berkempen bagi memancing undi pengundi muda pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Nurazlina Jamaludin.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hassan berkata, kebanyakan pengundi muda yang baru pertama kali mengundi adalah berusia antara 18 hingga 20 tahun ini dan mereka ini aktif di media sosial terutamanya Tiktok.

Menurutnya, pelbagai program juga telah diatur diperingkat cawangan-cawangan untuk mendekati pengundi muda yang kebanyakanya masih berada ‘atas pagar’.

#BeritaSemasa #SinarHarian