KONTINJEN Perlis menyasarkan untuk meraih 10 pingat emas, 10 perak dan lima gangsa pada temasya Para Sukma 2022 yang dijadual berlangsung di sekitar Lembah Klang, awal bulan depan.
Exco Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan berkata, kontinjen negeri akan membariskan seramai 42 atlet dan 21 pegawai pada temasya yang bermula dari 1 hingga 6 November itu.
Iklan
Iklan
"Meskipun kontinjen Perlis kecil tetapi semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh mereka amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri selaku Timbalan Ketua Kontinjen Perlis ke temasya itu, Mohd Hanaffi A.Rahman pada Sabtu.
Hamizan berkata, kerajaan negeri juga menyediakan insentif sebanyak RM40,000 kepada atlet Perlis yang berjaya meraih pingat pada temasya itu.
Mohd Hanaffi pula berkata, atlet Perlis akan menyertai enam daripada 10 jenis sukan pada temasya itu membabitkan olahraga, ping pong, badminton, angkat berat, tenpin boling dan boling padang.
Pada edisi 2018 di Perak, kontinjen Perlis mengutip 13 emas, 16 perak dan lima gangsa. - Bernama
Artikel Berkaitan