KP pertama MSN meninggal dunia

Iklan
Wan Ahmad Radzi - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia

BEKAS Ketua Pengarah (KP) Majlis Sukan Negara (MSN), Wan Ahmad Radzi Wan Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 87 tahun di Hospital UiTM, tengah hari tadi.

Allahyarham merupakan KP Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) pada awal 80-an, individu yang bertanggungjawab mengaktifkan MSN selaku KP pertama badan sukan itu dari 1980 hingga 1981.

Iklan
Iklan

"Seluruh warga MSN mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh,” menurut MSN di Facebook rasminya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam petang tadi.

Iklan

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas atlet ekuestrian wanita negara dan personaliti televisyen, Wan Zaleha Radzi serta bekas atlet berbasikal wanita kebangsaan Wan Maizan Wan Radzi.

Sementara itu, KP MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Wan Ahmad Radzi adalah seorang individu yang mempunyai personaliti menarik dan tegas.

Iklan

"Saya tidak mengenalinya secara rapat kerana saya hanya menyertai MSN pada 1988, tetapi mengenalinya menerusi penglibatan anak-anaknya dalam sukan, serta ketika beliau diberi pengiktirafan sebagai KP MSN pertama pada Anugerah Sukan Negara 2014,” katanya ketika dihubungi. - Bernama