Kerajaan sasar Malaysia destinasi ekopelancongan terbaik dunia

Iklan
Takiyuddin menyampaikan hadiah kepada pemenang Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan pada Jumaat.

KOTA BHARU - Kerajaan melalui Dasar Pelancongan Negara 2020 hingga 2030 menyasarkan untuk menjenamakan Malaysia sebagai 'Top of The Mind Ecotourism Destination of the World'.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua pihak termasuk swasta, badan bukan kerajaan serta penggiat industri perlu memastikan pembangunan produk ekopelancongan sentiasa mampu berdaya saing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Antara strategi perlu dipertingkatkan ialah aktiviti promosi dan pemasaran produk ekopelancongan yang lebih agresif dan konsisten untuk pertumbuhan industri ekopelancongan di negara ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim.

Iklan

Tambah Takiyuddin, KeTSA akan memainkan peranan yang amat signifikan di bawah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016 hingga 2025.

Katanya, usaha itu diharap dapat menyumbang kepada peningkatan penjanaan ekonomi setempat di sekitar kluster ekopelancongan.

"Malaysia kaya dengan khazanah sumber asli yang bernilai tinggi dan ini terbukti apabila negara ini dinobatkan sebagai salah satu daripada 17 negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai negara mega diversiti.

Takiyuddin memberitahu, lebih 150 lokasi di bawah KeTSA terdiri daripada Taman Negara, Hutan Taman Negeri, Taman Ekorimba, Geotapak, Tapak Ramsar, Wetland dan Stesen Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

"Kesemua lokasi itu merupakan antara khazanah sumber asli negara yang harus kita syukuri, nikmati dan jaga dengan sebaik-baiknya," katanya.