Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bersama-sama hampir 10,000 orang di Dataran Pavillion hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Exco kerajaan negeri. Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang akan disambut pada 4 Nov itu menyaksikan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, yang hadir seawal 6 pagi.
Larian Hari Keputeraan Sultan Perak
Iklan